FDAM Menyokong Belanjawan 2026!

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyambut baik komitmen kerajaan melalui Belanjawan 2026 yang terus memberi ruang kepada pembangunan industri seni dan kreatif tanah air.

Belanjawan ini membuktikan bahawa seni bukan sekadar hiburan, tetapi pemangkin ekonomi dan identiti bangsa. FDAM akan terus bersama kerajaan dalam memperkukuh ekosistem kreatif, memperjuangkan hak penggiat seni, dan memastikan bakat tempatan terus diberdaya di pentas dunia.

FDAM : Demi Ahlinya, Demi Industri, Demi Bangsa.