Kini, sejumlah 1,800 ahli telah mendaftar, 60 peratus darinya adalah dikalangan golongan belia dan pengarah pelapis, manakala 40 peratus adalah pengarah yang berpengalaman.
Dari segi latar belakang pendidikan, 70 peratus adalah pemegang diploma, sarjana muda, sarjana dan juga doktor falsafah dari serata institusi awam dan swasta dalam negeri mahu pun luar negara.
FDAM juga merupakan organisasi di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD).






Sebagai persatuan filem, kami menganjurkan aktiviti untuk kemajuan semua ahli. Ini merangkumi program latihan di dalam bentuk bengkel dan seminar di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Salah satu aktiviti ialah International Outreach Program kolaborasi bersama FINAS, dimana pengarah dan penerbit antarabangsa berbincang melalui platform diatas talian. Sehingga kini pelbagai sesi telah dijalankan antaranya dengan negara Korea, China, Jepun, Iran, Indonesia dan juga Filipina. Pelbagai perancangan bakal dibuat untuk program-program akan datang yang melibatkan pengarah-pengarah dari pelbagai negara termasuklah Eropah dan Amerika. Selain perbincangan intelektual, ahli-ahli juga terlibat secara aktif di dalam festival filem antarabangsa. Ramai berjaya memenangi pengiktirafan di dalam festival berprestij dan juga berjaya sehingga ke peringkat akhir.