film-top

Latihan & Bengkel

Belajar terus dari mentor industri filem Malaysia – Latihan & Bengkel FDAM bantu anda ceburi dunia filem dengan yakin!

film-bottom
FDAM Academy.png

Biro Akademik & Akreditasi

Objektif

  • Melahirkan pelapis berkemahiran tinggi dalam industri seni kearah tenaga kerja professional bertaraf antarabangsa.
  • Memberikan pendedahan secara amali di lapangan kerja industri filem negara dengan sokongan pengarah pengarah berpengalaman.
  • Menuju ke arah mewujudkan pusat pendidikan berakreditasi untuk generasi muda.
  • Menjalinkan kolaborasi dengan pusat pendidikan untuk mengiktiraf pengarah-pengarah sebagai tenaga pengajar yang berpengalaman luas di lapangan bidang perfileman negara.
  • Menjadi rujukan utama kepada institusi pendidikan tinggi negara dalam bidang seni kreatif.
Academic Hat

Visi

Menjadi peneraju ilmu perfileman dan industri seni kreatif negara

Misi

Sebagai sumber rujukan utama kepada komuniti dan ahli FDAM dalam meningkatkan kemahiran serta ilmu perfileman negara

Moto

Melestarikan ilmu, Kemahiran dan Pengalaman.

Program Kursus

FDAM Papers

Program (Fasa Satu)

  1. Kursus Sijil
  2. Kursus Diploma
  3. Kursus Diloma Profesional

Bidang Pengajian

  1. Pengarahan
  2. Penulisan Skrip
  3. Sinematografi
  4. Penyuntingan
  5. Penerbitan Filem Dan Drama
  6. Penerbitan Dokumentari
  7. Animasi Dan Kesan Visual

Kenapa Pilih Latihan & Bengkel FDAM?

FDAM telah membangunkan kursus dan bengkel unik khusus untuk industri filem Malaysia, direka untuk memberi pengalaman praktikal yang sebenar.

Kami faham ramai yang ingin memasuki industri kreatif tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula atau mengasah kemahiran mereka dengan betul.

Dengan Latihan & Bengkel FDAM, peserta akan:

3725a61211.jpg

Siapa yang Sesuai Sertai?

person female
Individu yang ingin menceburi industri filem
graduation cap
Pelajar IPT atau graduan baru yang ingin mengasah kemahiran praktikal
movie projector
Profesional industri kreatif yang mahu tingkatkan portfolio
groups
Syarikat atau organisasi yang ingin latihan untuk pasukan produksi
FDAM Broadcast Cam

Apa Yang Akan Anda Pelajari?

Peserta kursus akan mendapat pengalaman praktikal dan pengetahuan mendalam

Asas pengarahan & storytelling untuk filem dan kandungan digital

Teknik penggambaran & pencahayaan

Pengurusan produksi & workflow industri

Suntingan & post-production menggunakan peralatan profesional

Pemasaran kandungan & strategi publisiti

Aliran Kursus

1

Asas Industri Filem

  • Pengenalan kepada dunia filem & kandungan kreatif
  • Asas storytelling, skrip, dan kamera

2

Produksi & Penggambaran

  • Teknik penggambaran, pencahayaan, audio
  • Hands-on latihan menggunakan peralatan profesional

3

Suntingan & Post-Production

  • Suntingan video & audio
  • Grafik & animasi asas untuk storytelling

4

Pemasaran & Distribusi Kandungan

  • Strategi promosi filem & digital content
  • Cara capai audiens dengan efektif

5

Projek Praktikal & Kolaborasi

  • Projek mini atau penuh untuk pengalaman sebenar
  • Kerjasama dengan peserta lain, mentor, dan IPT

1. Berapa lama setiap bengkel?

Setiap bengkel direka antara 1 hingga 5 hari, bergantung kepada modul dan tahap latihan. Kami juga menawarkan kursus lanjutan berperingkat untuk peserta yang ingin mendalami kemahiran tertentu.

Ya! Semua peserta akan menerima Sijil Penyertaan rasmi FDAM selepas tamat bengkel. Sijil ini diiktiraf dalam industri kreatif tempatan dan boleh digunakan untuk portfolio profesional.

Semua peralatan asas dan profesional disediakan oleh FDAM, termasuk kamera, lampu, audio, dan perisian suntingan. Peserta hanya perlu membawa semangat kreatif mereka!

Ya. Bengkel FDAM direka untuk semua peringkat — pemula, pelajar, dan profesional yang ingin mengasah kemahiran mereka.

Setiap modul mengandungi hands-on practical session, supaya peserta dapat mempraktikkan kemahiran secara langsung dan bersedia untuk projek sebenar.

Mudah sahaja! Klik butang “Daftar Sekarang” atau hubungi FDAM melalui borang pertanyaan untuk maklumat lanjut.

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ)