Menjana Kreativiti, Meraikan Sinema Malaysia
FDAM, Film Directors ’ Association of Malaysia atau Persatuan Pengarah Filem Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1991. Ia merupakan organisasi di mana pengarah filem dan televisyen berkongsi pandangan dan idea, berbincang dan berinteraksi, malahan menjalankan aktiviti dan pelbagai majlis untuk mengukuhkan kerjaya dan kemahiran tinggi agar lebih kompetitif serta berdaya saing. FDAM berusaha untuk mengembangkan dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam kalangan ahli persatuan untuk membolehkan para ahli nya menyumbang kepada perkembangan industri seni kreatif Malaysia.
FDAM berusaha melindungi kebajikan dan hak pengarah filem di Malaysia dengan memberi sokongan dalam isu hak cipta, memastikan pengiktirafan serta bayaran yang adil, dan menyuarakan keprihatinan kepada pihak berkuasa berkaitan.
FDAM (Persatuan Pengarah Filem Malaysia) memberi tumpuan kepada beberapa isu dan komuniti khusus dalam industri perfileman Malaysia.
Komitmen FDAM adalah untuk membangunkan komuniti pengarah filem Malaysia ke arah lebih profesional, berdaya saing, dan dihormati di dalam serta luar negara.