Alhamdulillah, satu lagi langkah positif telah diambil!
tanggal 17hb Jun FDAM telah menghadiri mesyuarat kedua bersama pihak TEKUN Nasional bagi meneruskan usaha menjalin satu persefahaman strategik dalam menyediakan akses pembiayaan khas kepada ahli-ahli FDAM.
Inisiatif ini bakal memberi peluang kepada pengarah-pengarah dan penerbit di bawah naungan FDAM untuk menggerakkan karya dengan lebih terancang dan berdaya saing. Kami sedang berusaha ke arah satu bentuk kerjasama yang mampu memanfaatkan warga industri secara menyeluruh.
Nantikan pengumuman rasmi dalam masa terdekat!
Teruskan menyokong usaha FDAM demi kemajuan bersama.



