Bengkel Komuniti Filem & Belia Kreatif

Hari pertama Bengkel Komuniti Filem & Belia Kreatif yang berlangsung pada 6 Januari 2026 di Kompleks Komuniti Muhibbah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan inspirasi.

Program dimulakan dengan majlis perasmian bengkel oleh Dato Afdlin Shauki, diikuti pengisian padat merangkumi:

🎭 Sesi 1: Asas Lakonan bersama Yana Samsudin
🎬 Sesi 2: Pengarahan oleh Dato Afdlin Shauki
✍️ Sesi 3: Pembangunan Skrip & Penceritaan oleh Faizal Arif
📱 Sesi 4: Penyediaan Format Video Telefon Bimbit & Audio oleh Azmi Jamsari

Syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan keterlibatan aktif sepanjang hari pertama.

Semoga momentum ini berterusan hingga ke akhir bengkel dalam melahirkan belia kreatif yang berdaya saing, beretika dan berjiwa MADANI.
Share to: