Isu Komen Menghina dan Berunsur Fitnah di Media Social

KENYATAAN TEGAS FDAM TERHADAP KOMEN MENGHINA DAN FITNAH DI MEDIA SOSIAL

-Biro Penguatkuasaan Dan Undang-undang

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) amat kesal dan kecewa terhadap beberapa komen yang dimuat naik dalam satu siaran berkaitan kenyataan rasmi FDAM baru-baru ini, yang didapati mengandungi unsur penghinaan, fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadap individu serta organisasi.

FDAM memandang serius perkara ini dan menggesa pengguna terlibat memadamkan komen tersebut serta memohon maaf secara terbuka.

Matlamat FDAM jelas — membina keharmonian, menghormati hak, dan memelihara kelestarian industri filem Malaysia.

Kita boleh berbeza pandangan, tetapi biarlah beradab dan berfakta.

Hormati ruang digital, pelihara maruah industri!

#FDAM #PDU #HormatSesamaKaryawan #KesantunanDigital #IndustriFilemMalaysia #AntiFitnah #CMCF #SKMM #BersamaFDAM