Syukur, Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan FDAM 2025!
Syabas dan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan aktif menyuarakan pandangan demi pembangunan industri pengarahan tanah air.
AGM kali ini menyaksikan pelbagai pembaharuan, laporan aktiviti yang telus, dan semangat kebersamaan yang luar biasa. Ini bukti bahawa kita bukan sekadar pengarah filem tetapi kita adalah pengarah masa depan industri.
“Yang biasa kita betulkan, yang betul kita biasakan.” semangat ini terus hidup dalam setiap resolusi yang diluluskan.
Jumpa lagi dalam program dan aktiviti mendatang. Teruskan memperbaharui keahlian & yuran bagi memastikan FDAM kekal kukuh bergerak ke hadapan!

















