Kunjung Hormat Ke ASWARA

Hari ini, Pengerusi FDAM bersama Ahli Majlis Kerja (AMK) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Rektor ASWARA bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan akreditasi Pengarah tanah air serta berkongsi pengalaman industri filem kepada pelajar ASWARA.

Terima kasih kepada Yang Berusaha Prof. Dr. Tan Awang Besar, Rektor ASWARA, Puan Siti Zubaida Awang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Akademik ASWARA mewakili Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik ASWARA, Encik Muhammed Izzat Hasan, Dekan Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem ASWARA & Ts. Azrie Izham Hamzah, Timbalan Dekan Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem ASWARA atas sambutan mesra dan sokongan berterusan terhadap pembangunan industri kreatif Malaysia.

Pertemuan ini membuka ruang baharu dalam memperkasa pendidikan, latihan kemahiran serta usaha meningkatkan standard pengarahan.

FDAM komited untuk terus menjalin hubungan erat dengan institusi seni negara demi memastikan ahli mendapat akses kepada peluang, kelebihan dan ekosistem pembelajaran yang lebih maju.
Share to: