Ziarah Prihatin FDAM Buat Dharma Harun Al-Rashid

film-top
film-bottom

Pada 4 Julai yang lalu, Pengerusi FDAM bersama wakil Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM telah menziarahi pelakon, penulis skrip dan pengarah tersohor tanah air, Dharma Harun Al-Rashid di kediaman beliau.

Kunjungan ini sebagai tanda prihatin dan solidariti FDAM terhadap salah seorang ahli yang banyak menabur bakti dalam industri filem tempatan. Dalam kunjungan ini, FDAM turut menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan beliau.

Sebagai penghargaan tertinggi, Pengerusi FDAM juga mengumumkan bahawa keahlian Dharma Harun akan dinaik taraf sebagai Ahli Seumur Hidup FDAM, sebagai simbol penghormatan atas jasa dan sumbangan besar beliau kepada dunia perfileman Malaysia.
Semoga Dharma Harun terus diberi kekuatan dan kesembuhan. Doa kami seluruh warga FDAM sentiasa bersama beliau.

Share to: