Kunjungan Hormat FDAM Ke Tekun Nasional – Membincangkan Skim Pembiayaan Produksi Filem & Drama

Hari ini, FDAM telah mengadakan kunjungan hormat ke TEKUN Nasional bagi membincangkan peluang kerjasama dalam skim pembiayaan khas untuk produksi filem dan drama. Perbincangan ini membuka lembaran baharu dalam usaha FDAM untuk membantu pengarah filem mendapatkan akses kepada pembiayaan yang lebih fleksibel dan berstruktur bagi memperkasa industri kreatif tempatan. Sokongan kewangan yang mampan amat penting bagi memastikan penghasilan karya berkualiti dan mampu bersaing di peringkat nasional serta antarabangsa.

Kami di FDAM percaya bahawa dengan adanya kerjasama strategik seperti ini, lebih banyak penerbitan filem dan drama berkualiti tinggi dapat direalisasikan, sekali gus merancakkan ekosistem industri perfileman Malaysia.

Terima kasih kepada pihak TEKUN Nasional atas kesudian menerima kunjungan Pengerusi dan Ahli Majlis Kerja FDAM sekaligus membuka ruang perbincangan yang bermakna. Kami berharap agar inisiatif ini dapat direalisasikan demi manfaat seluruh ahli serta penggiat industri perfileman tanah air.

Bersama, kita perkasakan industri filem Malaysia!
Share to: