Rakaman Takbir Raya Bagi Tahun 1446H/2025

Pada 23 Mac 2025, FDAM telah mengadakan rakaman takbir raya bagi tahun 1446h/2025 bertempat di sound stage studio, Finas Ulu Kelang dengan bertemakan baju melayu lengkap bersamping dan songkok.

FDAM telah menjemput beberapa orang tetamu kehormat dan ahli FDAM untuk melengkapkan rakaman takbir raya untuk tahun ini.

Kami daripada FDAM mengucapkan jutaan terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman ini.Nantikan takbir raya FDAM disemua platform media sosial.
Share to: