Ziarah Prihatin FDAM Din CJ

film-top
film-bottom

Pada 19hb Julai 2025, Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM telah mengadakan satu lawatan kasih dan prihatin ke Hospital Sungai Buloh bagi menziarahi rakan pengarah industri yang sedang menerima rawatan iaitu Din CJ.

Lawatan ini adalah manifestasi semangat setiakawan dan solidariti sesama penggiat seni yang diuji dengan kesihatan. Turut disampaikan ialah sedikit sumbangan ikhlas dari pihak persatuan sebagai tanda ingatan dan sokongan moral.

FDAM mendoakan kesembuhan yang segera, semangat yang kental dan kembali sihat untuk terus berkarya.
Kerana dalam dunia seni, kita bukan sekadar pengarah tetapi kita adalah keluarga.

Share to: